PROGRAM IFTAR BERSAMA PENSYARAH & PELAJAR SBT

Telah berlangsung majlis iftar sempena Bulan Ramadhan Al-Mubarak bersama pensyarah dan pelajar program Sains Gunaan Teknologi Bioindustri (SBT) pada hari Isnin, 18 April 2022, bertempat di Dewan Utama, UMK Kampus Jeli. Majlis ini adalah anjuran Kelab Innobiotech, yang merupakan kelab dibawah program SBT dan dipengerusikan oleh Saudara Chee Yu Cheng. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh YBrs Ts. Dr. Ainihayati, Timbalan Dekan (Akademik dan Pembangunan Pelajar) FBKT. Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan daripada penasihat kelab, YBrs Ts. Dr. Mardawani Mohamad. Majlis disempurnakan dengan bacaan doa oleh Saudara Nik Muhammad Husnul Firdaus bin Anuar. Diharapkan program ini mengeratkan hubungan silaturrahim diantara pensyarah dan pelajar

Dr. Wan Hasnidah Binti Wan Osman